Wednesday, April 9, 2008

JarO dan PaNtuN















dengan team UPM

















kami besh!hihihi


kalau sebut pasal pantun ni mesti kite sume ingt pasal cempedak luar pagar kan. Nape cempedak perlu berada di luar pagar? klo die luruh kang tak ke kene langgor ng evo 8 atau silvia yang lalu lalang? Tapi itu bkn persoalan yang nak aku bangkitkan. Persoalan yang penting dan selalu diajukan kat aku "ei cne la ko bole reka pantun ek?" malangnya aku tak ader jawapan tuk soalan tersebut. aku teringat satu perkataan omputes ni. 'gifted'. eheh. Aku tak tau pulak nk melayukan cne. tp itula hakikatnya. sebenarnya tak susa pun nk pantun ni.dak sekola rendah pn tau buat. tp mase nk mencipta tu mungkin berbeza dari sorang individu ke individu yang len.



















ketika mula-mula berkecimpung dalam arena pantun kat U.
wajah-wajah inesen.haha


















di bilik persediaan sebelum pertarungan bermula...

Kalau nk ceritakan kronologi penglibatan aku dalam industri pantun ni, ia sebenarnye bmula masa aku sekola rendah. darjah berapa memori aku xbrape nak ingat da.hehe.yang pasti time tu aku ske beno reka pantun ntah pape. bakat aku ni aku pamerkan kat kad-kad raye yang aku bg kat cikgu aku (aku dulu ske anto kad raye kat cikgu.yang wajib trima tiap2 tahun pastinya cikgu2 ensem sperti cg. zainuddin, cg. masri dan cg. nasyid aku.lupe name.hihi) masuk skola menengah pulak mase form 4 baru aku btl2 sius bpantun. wakil skola la. tapi team pantun skola aku tak belen sgt la. sorg terer gilos babs (aku)-pasan la minah ni. sorg tere tapi gelabah siot. lg sorg blur mengkarung. tu yang slalu sangkut kat peringkat daerah je.adoi.

kat U pulak aku mula bpantun mase tahun 2. terima kasih pade sedare syafiq yang mnyumbat aku dlm team pantun pioneer kat UTeM ni. sebenarnyer ahli-ahlinya cam bidan terjun je. atau yang sinonim dengannya, tangkap muat. maka tertubuhla pasukan pantun UTeM yang terdiri daripada din, syafiq dan aku. Pastu Soong dan Syidah yang kdg2 on off. sebab dorg lagi bapak nyer sibuk.Soong ng band die, orkestra lg. master die.syidah pulak skang SU agong MPP. tau2 la kan. berpandukan pada pengalaman mase skola menegah dulu kami mula buat training stiap kali ader pertandingan. besenye pesta pantun MAKUM (majlis kebudayaan universiti2 malaysia) la. dan kadang2 MMU buat pesta pantun piala canselor. UM pn ader anjur thn ni.mm. tapi kadang2 kami gi bertanding tak buat training pun. Men redah je.haha.


















kali ke-2 bertandang ke UIA

Mesti cam pelik je kan kalau tgk pada background kami2 yang pada dasarnya student engineering tiba2 aktif pantun lak da. Sebenarnya aku enjoy bpantun ni. Walaupun team kami tak pernah meraih anugerah dasat-dasat time pertandingan tapi pengalaman dan kenangan stiap kali bpantun tu cukup berharga. yang pasti budaya dan adat kita tetap terpelihara dan kami dapat menyumbang walaupun kecil cuma. sakit kepala jugak nak cari ayat, frasa dan perkataan power2. kamus dewan tu wajibla kan. Sumber rujukan utama. sebenarnya aku agak berminat dgn aktiviti kebudayaan ni. tapi biasala. aku jenis tak suke hidup terlalu sibuk. sebab aku tak reti sgt manage masa. kang lintang pukang sume. Jadi nampaknya cume pantun jela yang lekat dengan jiwa aku setakat ni. Time bpantun aku rasa aku bole bawak diri aku jauh ke suatu dunia lain yang jauh berbeza dari dunia biasa aku. ske2. Tapi korang2 mesti lagi banyak bende2 mnarik yang korang buat, join mase blajo kat U kn. yang penting klo xtvt tu slain blajo mesti menarik punye la.kan?? yey!!


















Sebelum mengatur kata mengalun bicara...




pasukan academy MAS yang agak kontroversi dan glamour sepanjang pesta pantun piala canselor MMU...;)

No comments: