Thursday, May 8, 2008

LoNeSomE


Are You Lonesome Tonight
Elvis Presley



are you lonesome tonight by a wrestling star..how sweet .. the lyrics also changed to compensate with the situation.hihi. but i love this scene in game plan.. the rock rawks! ;)

Are you lonesome tonight

Do you miss me tonight
Are you sorry we drifted apart
Does your memory stray
To a brighter summer day


When I kissed you

And called you sweetheart

Do the chairs in your parlor

Seem empty and bare

Do you gaze at your doorstep

And picture me there

Is your heart filled with pain
Shall I come back again


Tell me dear

Are you lonesome tonight

I wonder if you’re lonesome
tonight
You know someone said
That the world’s a stage

And each must play a part

Fate had me playing in love you


As my sweet heart

Act one was when we met

I loved you at first glance

You read your line so cleverly

And never missed a cue


Then came act two

You seemed to change

And you acted strange

And why I’ll never know
Honey,
you lied
When you said you loved me
And I had no cause to doubt you
But I’d rather go on hearing your lies

Than go on living without you


Now the stage is bare

And I’m standing there

With emptiness all around

And if you won’t come back to me

Then they can bring the curtain down

Is your heart filled with pain


Shall I come back again

Tell me dear
Are you lonesome tonight



Thursday, May 1, 2008

Bila Mei ('',)

salam.. bulan april da berlalu.. ala tingat pulak lagu bila april nyanyian abang asmara.tapi ni da mei. so aku buat lagu bila mei la.ehem2.meh aku nyanyi. korang bace lirik die.

terimalah bila mei.c'mon sing along bhebeh..

Bila mei tiba
Hati mula berkata
Empat tahun lamanya
kita belajar kat UTeM
Ku tanya padamu
Kapankah dirimu
Akan ke sini lagi
ridu ini pasti abadi

Di Mei yang itu
Kita tengah sibuk dengan final juga
tapi bukan la yang terakhir
nanti lepas cuti kita datang lagi
nak kne buat repot berkali-kali
taip esaimen malam ke pagi
harap carry mark dapat tinggi
tapi kuar result kita geget jari

Bila bila Mei
kali ini, kita disini

Dan bila Mei, bila mei

lepas ini kita tinggalkan tempat ini
kejar cita-cita yang masih meninggi
Bibirku pasti akan bertanya

Kapankah kita akan bersua lagi...

sekian mekasssey!! keletak kelatak keletuk fewwiittt wooo wooo (sound efex tepukan gemuruh)

haaa layan tak lagu nukilan aku yang dicilok dari lagu bila april.hua3. pas grad ni aku nak jadi penulis lirik r.xpun penyanyi.wakaka. sok paper terakhir aku.ceramic materials.


gambo ni xder kene mengena ngan final exam aku.muahaha (diana lapo-kekoh bibir sndr.suor aku longgar ar-aku selim ;)

study pon blum abes ni. ptg2 ni ade baiknya aku berehat-rehat dulu.eheh.tenang jiwa yang yang berkerutu (lagi xlepas final).muahaha.cam tapak kaki lak ade gerutu2.haish selekeh la siti hajar ni.ngeh3.semoga berjaya la kawan2, sain2, member2, teman2, geng2. i'll be missin you..huhu

Wednesday, April 23, 2008

3 more final papers to go..

my class is over. sad but true. no more class to attend as these remaining days are the only days for me as a student. i worked on the final year project and went trough all those chronic moment and take this end of semester portion preparing for my final papers. (last minute preparation as usual).I need to study for my final exam, no my mistake, I "must" study. for the sake of my "cukup-cukup makan" CGPA. I have to make a few improvement on that 'number' or at least do not decrease it.


















----xm mode----



Ok, I need to change my method then. If I can’t study because of this technology-human-made called Internet, so I just study on it.lalala. syyy. don't make any noise (as usually mention by Dr Vijay), im studying right now.I just finished my Industrial Laws and O.S.H.A paper today. lucky me. the hint given helped me a lot.hehe. I hope to perform at this stage for the next 3 papers or better!cross my finger!

Friday, April 18, 2008

alkisahnya...

5.5.2006- pertemuan pertama yang tak kusangka membawa ke sebuah kisah panjang. indah. bahagia..

kelako pn ade. tp aku kagum dgn keberaniannye..tp objek2 len yg aku nk bg kredit jgk.mreka adalah:

+kunci rumah kediaman
+eskem paddle pop
+slipar jepun
+t-shirt ijau.
+sweater ijau

blk bcuti panjang die anto aku kt sentral. hik2. geng aku da cucuk2 da.aish awl ngat la. cewah ayt aku xbole lupe. "boifren ko xmara ke ni?" aku plk xsabo nk gtau "aku single lar". p cover la ckit.adoi.hehe

21.5.06-aku teringat lirik lagu ni

lamanya bercinta bertahun tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
cinta kita kan abadi

full name aku xbpe nk sure lg. die da 'lamar' aku.wakaka.kelako la yu ni en.megat. tp that's why i shuke die.slamber yaya. pastu kn sepanjang cuti sem tu aku la insan plg berbunga2.muahaha. bgn pg je mesti ade msg die.aku rase smpai abis la stok2 msg kiut2 yg tgh glemer time tu. aku pn same.sib bek ade buat koleksi msg kiut jgk. smpai skang tau.klo aku dgr ring tone msg aku gne time tu.mest aku msh terase2 lg bunga2 tu.eceh.

















18.4.08- aik.nape da hr ni..??ha yg len tu aku rahsiakanla.pastu byk la lg kisah2 besh yg bakal dipilemkan.korg tunggu jela kt wayang.keh3.saje aku tingat kisah bermulanya perkenalan aku dan die..pape pun.. im so glad that u're mine..u are one of a kind..xoxoxoxo. love you forever n ever. blk la cpt syayang!!windu..uhuk


Wednesday, April 9, 2008

JarO dan PaNtuN















dengan team UPM

















kami besh!hihihi


kalau sebut pasal pantun ni mesti kite sume ingt pasal cempedak luar pagar kan. Nape cempedak perlu berada di luar pagar? klo die luruh kang tak ke kene langgor ng evo 8 atau silvia yang lalu lalang? Tapi itu bkn persoalan yang nak aku bangkitkan. Persoalan yang penting dan selalu diajukan kat aku "ei cne la ko bole reka pantun ek?" malangnya aku tak ader jawapan tuk soalan tersebut. aku teringat satu perkataan omputes ni. 'gifted'. eheh. Aku tak tau pulak nk melayukan cne. tp itula hakikatnya. sebenarnya tak susa pun nk pantun ni.dak sekola rendah pn tau buat. tp mase nk mencipta tu mungkin berbeza dari sorang individu ke individu yang len.



















ketika mula-mula berkecimpung dalam arena pantun kat U.
wajah-wajah inesen.haha


















di bilik persediaan sebelum pertarungan bermula...

Kalau nk ceritakan kronologi penglibatan aku dalam industri pantun ni, ia sebenarnye bmula masa aku sekola rendah. darjah berapa memori aku xbrape nak ingat da.hehe.yang pasti time tu aku ske beno reka pantun ntah pape. bakat aku ni aku pamerkan kat kad-kad raye yang aku bg kat cikgu aku (aku dulu ske anto kad raye kat cikgu.yang wajib trima tiap2 tahun pastinya cikgu2 ensem sperti cg. zainuddin, cg. masri dan cg. nasyid aku.lupe name.hihi) masuk skola menengah pulak mase form 4 baru aku btl2 sius bpantun. wakil skola la. tapi team pantun skola aku tak belen sgt la. sorg terer gilos babs (aku)-pasan la minah ni. sorg tere tapi gelabah siot. lg sorg blur mengkarung. tu yang slalu sangkut kat peringkat daerah je.adoi.

kat U pulak aku mula bpantun mase tahun 2. terima kasih pade sedare syafiq yang mnyumbat aku dlm team pantun pioneer kat UTeM ni. sebenarnyer ahli-ahlinya cam bidan terjun je. atau yang sinonim dengannya, tangkap muat. maka tertubuhla pasukan pantun UTeM yang terdiri daripada din, syafiq dan aku. Pastu Soong dan Syidah yang kdg2 on off. sebab dorg lagi bapak nyer sibuk.Soong ng band die, orkestra lg. master die.syidah pulak skang SU agong MPP. tau2 la kan. berpandukan pada pengalaman mase skola menegah dulu kami mula buat training stiap kali ader pertandingan. besenye pesta pantun MAKUM (majlis kebudayaan universiti2 malaysia) la. dan kadang2 MMU buat pesta pantun piala canselor. UM pn ader anjur thn ni.mm. tapi kadang2 kami gi bertanding tak buat training pun. Men redah je.haha.


















kali ke-2 bertandang ke UIA

Mesti cam pelik je kan kalau tgk pada background kami2 yang pada dasarnya student engineering tiba2 aktif pantun lak da. Sebenarnya aku enjoy bpantun ni. Walaupun team kami tak pernah meraih anugerah dasat-dasat time pertandingan tapi pengalaman dan kenangan stiap kali bpantun tu cukup berharga. yang pasti budaya dan adat kita tetap terpelihara dan kami dapat menyumbang walaupun kecil cuma. sakit kepala jugak nak cari ayat, frasa dan perkataan power2. kamus dewan tu wajibla kan. Sumber rujukan utama. sebenarnya aku agak berminat dgn aktiviti kebudayaan ni. tapi biasala. aku jenis tak suke hidup terlalu sibuk. sebab aku tak reti sgt manage masa. kang lintang pukang sume. Jadi nampaknya cume pantun jela yang lekat dengan jiwa aku setakat ni. Time bpantun aku rasa aku bole bawak diri aku jauh ke suatu dunia lain yang jauh berbeza dari dunia biasa aku. ske2. Tapi korang2 mesti lagi banyak bende2 mnarik yang korang buat, join mase blajo kat U kn. yang penting klo xtvt tu slain blajo mesti menarik punye la.kan?? yey!!


















Sebelum mengatur kata mengalun bicara...




pasukan academy MAS yang agak kontroversi dan glamour sepanjang pesta pantun piala canselor MMU...;)

Tuesday, April 8, 2008

SEMPADAN 2 DAERAH

Bersempena dengan minggu-minggu terakhir aku bergelar pelajar... sekejap benar rasanya 4 tahun. Masih terasa dingin senja waktu aku mula-mula tiba di bumi KUTKM hampir 4 tahun lalu. Masih terang lampu-lampu bangunan di sekitar MITC pada waktu itu dalam memori aku. Tetap manis kenangan bersama arwah ayah aku yang bersungut sakit pinggang memandu seharian (aku da menitiskan air mata ni mengenangkan die xsmpt tgk aku grad-al fatihah). Tertawa bila terkenangkan betapa aku tak mampu terima hakikat terpaksa belajar dalam kelas yang letaknya di deretan rumah kedai. Tahun pertama yang agak suram buat aku. Belajar jela sekadar memenuhi apa yang patut. Mujur kehadiran kawan-kawan mula membawa aku ke rentetan kisah hidup yang lebih menarik. Dengan 2 orang teman satu bilik yang agak ayu dan sopan santun aku agak menyorokkan rupa sebenar aku. Segan pulak. Tapi tak lama aku mampu bertahan, akhirnya perangai huha aku terkeluar juga. tambah pulak dengan teman serumah yang lain. boleh tahan juga kebolehan mereka. haha. Aku bahagia bersama korang di pangsapuri blok teratai..

sengehan di tahun pertama..pokok kat belakang tu skang da lagi tinggi dari bumbung fasa B!


Di tahun ke-2, kami semua berpindah ke rumah teres 23 unit. Teman serumah aku dulu jadi aku punya rakan sebilik pulak. Die la antara yang jadi teman seperjuangan aku. Antara mereka yang sama-sama berjuang dalam medan ilmu pastinya. Berjuang dalam hidup yang penuh cerita suka duka juga. Tempat aku meluah isi hati. Berkongsi tangis. Gelak ketawa dan lawak sengal yang sama-sama kami cipta. Paling aku tak boleh lupa kitorg bole layan menyanyi sambil menari lagu ayumi hamasaki pukul 2.00 pagi. Sebabnya sama-sama tak bole lelap mata.

















abes lab.amik gmbo..lalala

Tahun ke-3 di KUTKM. aku pindah rumah kolej kediaman lagi. warga bilik da bertambah. rumet dulu da membawa diri menyewa di luar. aku tetap setia bergelar student skema. dengan 3 lagi teman satu course dan juga merupakan teman sehati sejiwa raga rotan kami mendominasi master room rumah teres 2 tingkat. yang lain semua junior bole duduk bilik kesyik2 ye..siap dengan TV 21 inci sebagai sumber hiburan utama kami melayari semester ke-5 pengajian dengan bahagia. da bil elektrik pun orang bayar, kadang pegi kelas pun bole lupa tutup TV.ngeh3. Kipas pulak memang diharamkan penutupan suisnya. nanti balik kelas bilik berkuap. panas macam dalam furnace bakar ceramic! Semester ke-6 kami membawa haluan masing-masing. merasa alam pekerjaan buat seketika. zaman diperkudakan. mentang-mentangla pelajar praktikal..dan masa ni juga salah sorang rakan sebilik aku kawin..(skang da nak jadi mak orang)

pandangan port stadi, berangan, termenung dari tempat landing kat PT7291



haaa panjat2.aku kene dera..huarghh. memanjat di production line pada hujung minggu. rutin LI ku..

Tiba kita di perenggan ke-4, kisah penutup drama siri 'dunia baru' aku(da jadi dunia lama). Teramat lah kalut dengan agenda utama pelajar tahun akhir iaitu PSM aku mengorak langkah menjadi pelajar yang berdikari. Berdikari dalam erti kata merangka jadual kerja sendiri. Masuk ke makmal tanpa arahan sesiapa. Belajar menggunakan pelbagai peralatan makmal yang canggih manggih sampai lah yang paling konvensional. Buat analisis yang dulunya aku cuma jumpa dalam jurnal-jurnal. Menarik dan memenatkan juga. Tapi aku gembira sebab semuanya dah selesai! Wah dasyat juga terpaksa bertarung dengan masa yang tak ada takrifan menunggu dalam perjalanannya. dan kerana itu juga tanpa aku sedar aku dah di sini hari ini.


antara imej SEM feberet aku. nila rupa porcelain body yang disinter pada suhu 1350 Degree C pada magnification 1500. cantik kan?

Minggu depan dah masuk revision week. seterusnya peperiksaan akhir. betul-betul akhir. selepas itu???? waaa aku akan ke dunia baru musim seterusnya. aku kini di sempadan sebuah daerah baru.. macam mana? kat mana? bersama siapa? persoalan yang sedang aku tunggu jawapannya...Ya Allah permudahkan segala urusan hidupku di dunia dan akhirat dan kurniakanlah aku dengan kesudahan yang terbaik....