Bersempena dengan minggu-minggu terakhir aku bergelar pelajar... sekejap benar rasanya 4 tahun. Masih terasa dingin senja waktu aku mula-mula tiba di bumi KUTKM hampir 4 tahun lalu. Masih terang lampu-lampu bangunan di sekitar MITC pada waktu itu dalam memori aku. Tetap manis kenangan bersama arwah ayah aku yang bersungut sakit pinggang memandu seharian (aku da menitiskan air mata ni mengenangkan die xsmpt tgk aku grad-al fatihah). Tertawa bila terkenangkan betapa aku tak mampu terima hakikat terpaksa belajar dalam kelas yang letaknya di deretan rumah kedai. Tahun pertama yang agak suram buat aku. Belajar jela sekadar memenuhi apa yang patut. Mujur kehadiran kawan-kawan mula membawa aku ke rentetan kisah hidup yang lebih menarik. Dengan 2 orang teman satu bilik yang agak ayu dan sopan santun aku agak menyorokkan rupa sebenar aku. Segan pulak. Tapi tak lama aku mampu bertahan, akhirnya perangai huha aku terkeluar juga. tambah pulak dengan teman serumah yang lain. boleh tahan juga kebolehan mereka. haha. Aku bahagia bersama korang di pangsapuri blok teratai..
sengehan di tahun pertama..pokok kat belakang tu skang da lagi tinggi dari bumbung fasa B!
Di tahun ke-2, kami semua berpindah ke rumah teres 23 unit. Teman serumah aku dulu jadi aku punya rakan sebilik pulak. Die la antara yang jadi teman seperjuangan aku. Antara mereka yang sama-sama berjuang dalam medan ilmu pastinya. Berjuang dalam hidup yang penuh cerita suka duka juga. Tempat aku meluah isi hati. Berkongsi tangis. Gelak ketawa dan lawak sengal yang sama-sama kami cipta. Paling aku tak boleh lupa kitorg bole layan menyanyi sambil menari lagu ayumi hamasaki pukul 2.00 pagi. Sebabnya sama-sama tak bole lelap mata.

abes lab.amik gmbo..lalala
Tahun ke-3 di KUTKM. aku pindah rumah kolej kediaman lagi. warga bilik da bertambah. rumet dulu da membawa diri menyewa di luar. aku tetap setia bergelar student skema. dengan 3 lagi teman satu course dan juga merupakan teman sehati sejiwa raga rotan kami mendominasi master room rumah teres 2 tingkat. yang lain semua junior bole duduk bilik kesyik2 ye..siap dengan TV 21 inci sebagai sumber hiburan utama kami melayari semester ke-5 pengajian dengan bahagia. da bil elektrik pun orang bayar, kadang pegi kelas pun bole lupa tutup TV.ngeh3. Kipas pulak memang diharamkan penutupan suisnya. nanti balik kelas bilik berkuap. panas macam dalam furnace bakar ceramic! Semester ke-6 kami membawa haluan masing-masing. merasa alam pekerjaan buat seketika. zaman diperkudakan. mentang-mentangla pelajar praktikal..dan masa ni juga salah sorang rakan sebilik aku kawin..(skang da nak jadi mak orang)
pandangan port stadi, berangan, termenung dari tempat landing kat PT7291
haaa panjat2.aku kene dera..huarghh. memanjat di production line pada hujung minggu. rutin LI ku..
Tiba kita di perenggan ke-4, kisah penutup drama siri 'dunia baru' aku(da jadi dunia lama). Teramat lah kalut dengan agenda utama pelajar tahun akhir iaitu PSM aku mengorak langkah menjadi pelajar yang berdikari. Berdikari dalam erti kata merangka jadual kerja sendiri. Masuk ke makmal tanpa arahan sesiapa. Belajar menggunakan pelbagai peralatan makmal yang canggih manggih sampai lah yang paling konvensional. Buat analisis yang dulunya aku cuma jumpa dalam jurnal-jurnal. Menarik dan memenatkan juga. Tapi aku gembira sebab semuanya dah selesai! Wah dasyat juga terpaksa bertarung dengan masa yang tak ada takrifan menunggu dalam perjalanannya. dan kerana itu juga tanpa aku sedar aku dah di sini hari ini.

antara imej SEM feberet aku. nila rupa porcelain body yang disinter pada suhu 1350 Degree C pada magnification 1500. cantik kan?
Minggu depan dah masuk revision week. seterusnya peperiksaan akhir. betul-betul akhir. selepas itu???? waaa aku akan ke dunia baru musim seterusnya. aku kini di sempadan sebuah daerah baru.. macam mana? kat mana? bersama siapa? persoalan yang sedang aku tunggu jawapannya...Ya Allah permudahkan segala urusan hidupku di dunia dan akhirat dan kurniakanlah aku dengan kesudahan yang terbaik....